Mereka ni pernah bekerjasama dengan kami sebelum ini di majlis pertunangan mereka. Kali ni kami berkesempatan pula mengambil gambar bagi majlis pernikahan & persandingan mereka.
Gembira dapat bertemu kembali dengan mereka sekeluarga :-)
Kepada semua pelanggan-pelanggan kami, kami d FD memohon maaf banyak-bnyak di atas kelewatan penyiapan album-album anda semua disebabkan majlis kami tempoh hari
Kami kini dalam rangka untuk mengekstreamkan secepat mungkin, harap anda semua dapat bersabar sedikit masa lagi ye.
Kepada bakal-bakal pelanggan, sila ke link berikut BOOKING untuk senarai tarikh yg masih belum ditempah. Cepat emel kepada kami sehinnga stok tarikh anda masih ada
Kepada bakal pelanggan kami dan pelanggan sedia ada....
Kami ingin memohon jasa baik anda semua, jika anda ingin emel kepada kami sebarang bentuk pertanyaan atau ape sahaja, diharap anda tidak lupa untuk isikan ruangan Subjek emel tersebut, manalah tahu, emel anda akan termasuk dalam Spam mail atau tukang cek emel ni tak perasan emel anda itu :D
Jika sebelum ini ada email anda yang tidak di balas, sila emailkan kembali kepada kami yer.
Segala kesulitan....amat kami kesali..sekian terima kasih :D
Majlis yang berlangsung bulan April yang lalu...berlangsung di rumah pengantin lelaki di Batu Caves.
Mengenali Qimie dari blog. Mereka berdua ni walaupun nampak serius, tapi bila dah kenal...cool & happy go lucky jgk org nya. Ketika qimie sedang di makeup oleh Kimie Kajang, mendengar mereka ni berceloteh tak henti2, sangat seronok :D. Mereka ni dah lama kenal tu yg dah rapat tu.
Dan diakhir majlis, pasangan ini turut menyumbangkan suara dgn lagu cinta mereka 'Dua Insan'. Sweet sgt...
Kepada pasangan Zam & Qimie, kami doakan anda berdua bahagia sampai akhir hayat. Terimalah sebilangan hasil kami ini...
Pasangan ini adalah kenalan lama Fazli yg selamat diijab kabul pada April lalu. Majlis mereka berlangsung di Taman Sri Gombak. Mereka ni bercinta sejak zaman Universiti lagi. Dua-dua pun sporting dan sama-sama memberi idea.
Kepada Yanti dan Sirni serta keluarga..terima kasih di atas kepercayaan kalian semua. Kami amat terhibur dengan telatah Kiki itu (anak kucing mereka berdua) Nasib baik tak ambil gambar si comel tu lagi banyak dari pengantin. Hehe.
Apepon, tahniah sekali lagi...dan ini serba sedikit gambar outdoor mereka.
Dari mereka:
fazli (judo) and hanie..
ni yanty..aku xreti arr..guna web ni...try je ni..nk bg komen pasal gamba kitorg...bahawasanya....gamba tu......CANTIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK AND MARVELOUS SGTTTTTTT.....WOW!..kagum giler...ahahhah...xde commetn pon pasal gamba tu...cumer..aku nk tgk gamba kiki yang korg amik aritu..kiki skrg da smakin nakal..penat kitorg kejar dier..lompat2..main2 jek...skrg da pandai men ngn katak!..ahahha....
Gambar-gambar di entri dah lama, cuma agak lambat untuk di upload kan di sini :D
Walaupun outdoor untuk pasangan ini tidaklah seindah mana, hanya di tapak pembinaan, namun ia tetap menarik dan mempunyai keunikan yg tersendiri.
Lepas ni, kalau ada terjumpa tempat outdoor yg macam ni, silalah kesitu, sure gambar2 anda akan lain dari yg lain :D Tapi kenalah sporting...mana tau, kena extream pos sikit :D