Anak kecil ini adalah anak sulung kepada Azzura & Zain Azrai yang dilahirkan pada 25 Ogos yang lalu. Waktu majlis cukur jambul ini berlangsung, genap usia Hayden 2 bulan :-)
Kelahiran Hayden dlm keluarga ini memberikan kegembiraan buat kedua-dua keluarga, maklumla, cucu sulung dua-dua pihak ;-)
Terima kasih buat Zain, Zura & keluarga yg memberi kepercayaan sekali lagi kepada kami utk merakamkan majlis indah si kecil ini. Buat Hayden, kami doakan, akan sehat membesar dan jadi anak yg baik kpd mummy and daddy k ;-)
Majlis ini berlangsung di seksyen 27, shah alam berlangsung dengan suasana yg meriah sekali.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga Ain & Rezal yg memberi peluang ini kepada kami. Buat keluarga Rezal, jumpa kita di majlis sambut menantu minggu depan :-)
Majlis ini berlangsung di Kapar, Klang. Gambar-gambar ni dah lama kami submit kepada empunya diri, tapi baru sekarang berkesempatan nak updet kat sini.
Kepada dewi dan izuan, tahniah kami ucapkan. Dan mendoakan, ikatan ini akan berkekalan hingga ke gerbang perkahwinan :-) dan buat keluarga dewi, terima kasih atas kemesraan semua membuatkan kami rasa senang sekali.
Majlis ini berlangsung di rumah kediaman Wani di kawasan Batu Caves. Wani yg merupakan anak sulung dalam keluarganya...terpancar wajah-wajah sayu sewaktu upacara akad yg di nikahkan oleh ayahanda Wani sendiri.
4 hari bersama keluarga ini, kami dapat rasakan satu ikatan keluarga yang sangat erat, hingga kami pun syahdu dan dapat merasai kasih sayang mereka itu :-)
Kepada pasangan, kami ucapkan tahniah dan mendoakan kalian akan bahagia khendaknya menjalani kehidupan suami isteri kelak.
Terimalah beberapa hasil sekitar hari pernikahan mereka
Mereka ni adalah kenalan atas kenalan kami :-) Tak sangka pulak. Dua-duanya sporting, tapi Hilmi ni susah sikit nak senyum/gelak. Sampaikan Hafiza dah gelak sakan, barulah die senyum-senyum jer :D
Takpe, tak biasa bergambar mula-mula memang macamtu. Lama-lama, dah ok ;-)
Perjalanan majlis pertunangan ini berlangsung kurang dari 4 jam dan memberi peluang kpd kami utk merakamkan 'pre' pre-wedding ;P mereka yg diambil sekitar kawasan rumah
Kepada pasangan ini, kami ucapkan tahniah dan selamat menempuh alam pertunangan dan berharap ikatan ini berkekalan.
Mereka berdua ni adalah customer kami waktu pertunangan mereka dulu dan adalah kawan karib puan Hanie ni :D
Majlis menyambut menantu ini di adakan di Teluk Intan. Ini adalah kali pertama kami kesana, jenuh bertanya jugak pd mereka ni cara-cara nak kesana :D Sesampai di sana, agak byk kawasan2 yg menarik utk outdoor, dgn suasana kampungnya lagi.
Kepada Sham dan intan, tahniah sekali lagi. Terimalah beberapa keping ni dulu yer :D
Selamat Berpuasa Semua! :D semoga dengan kedatangan bulan yg mulia ini, hidup semua bertambah keberkatan dan dpt memperbaiki diri utk yg lebih baik :-)
Kami di sini memohon maaf jika ada yg tersalah kata, tersalah bahasa atau perbuatan secara langsung mahupun tidak kpd rakan-rakan pelanggan dan kpd sesiapa saje :D
Berbalik kpd hasil kami, pasangan Zai dan Suhada yg berlangsung di Klang. Ini beberapa keping hasil dr kami sepanjang majlis mereka.
Buat pasangan, tahniah lagi sekali dari kami di FD